Monday 16 January 2012

Sebab-sebab aku tak suka kerja kat KLCC

Ofis aku bukan KLCC pun, panggilnye PETT2 - petronas twin tower 2. itupun tinggal beberapa bulan lagi sebelum kami dihambat ke tower 3. Tower 3??yer, orang kat sini pun tak perasan yg tower 3 tuh dah siap. bila masa diorang buat??since last year lagi. yang aku tahu as a cooliecootive, petronas dah tak cukup tempat nak located kan staff diorang & centralized purpose, die nak letak semua staff diorang dekat tower 2 & kitorang2 pekerja2 meriah nih tak boleh jauh jugak daripada diorang kene la duduk tower 3 yang 60 tingkat (twin tower nih 88 tingkat). tapi nih aku nak list downkan kenapa aku tak suke kerja kat sini, nih my personal opinion & feeling only, doesnt construed the feeling of other employees/yer kat sini..

the reason are:-

1-ade certain2 orang kat sini terlalu memandangkan kejenamaan. aku rasa kalo yang perempuan berlawan taraf henbeg. kalo coach bersepah, kalo yang konon2 high end kena la prada, channel, etc. stakat Aigner, gucci tuh kire golongan pertengahan lagi. sungguh this are not into my tune. mana aku tak terbeliak lubang hidung kalo henbeg sampai 5 figures regenye. yang 4 figures tuh kire average. bukan ape, masuk lif jer masing2 (BKN SEMUA YER, SESETENGAH GOLONGAN MANUSIA) menjeling2 henbeg ape ko pakai. kasut ape ko tenyeh.seriously i hate that look. it tooks me sometime jugak laa nak ignore kan keduniaan korang. pernah aku di hentam kerana tidak stylish enough to their standard. sedih kan to both side. to them, they live to show to others...everything is about the designer's brand. And to me..tak tahu la nak kata ape. the story doesn't end to pompuan jer, yang lelaki pulak berlawan jam mahalnye, jam taraf2 puloh2 ribu regenya. pernah sekali ade kawan aku (lelaki) mencelah bile masing2 menunjukkan jam yang dipakainya & kawan aku cume kata "i pakai tissot jer" & orang yang balas siap cakap "that's not a watch"...riak sungguh manusia ini..

2-yang satu lagi prosedur naek tower nih. everytime nak masuk kene lalu scanner yang kat macam epot tuh. letak beg henset bagai scan separately. jenuh laa aku meluat dengan bende tuh. tiap kali naek, turun tak payah. lepas tuh kene transit lift, naek escalator. mula2 aku kerja kat sini, 1 minggu aku sesat ke hulur ke hilir sebab aku tak pandai cari lif utk ke level genap & ganjil. letih jugak la nak sampai ofis.

3-kat tower ni takder food court, kalo nak makan kene la pegi KLCC food court nuh. rege makanan kat situ tahu2 jer la kan. tiap2 hari plak tuh nak kene tanggung. bekfes average RM5, lunch RM8-10. tuh makan nasik lauk sayur, bkn tenpanyaki ker aper. food court level 4 murah sikit daripada level 2. Mostly, kat level 4 tuh penuh ngan orang yg kerja kat sini & building2 sekeliling & level 2 pulak penuh ngan tourist or org datang jalan2. distcance pun satu hal la kan. excercise dlm ekon la jawabnya.

4-kalo ade VVIP datang visit, lif kena tutup. e.g masa Datin Rosmah datang, berapa lif tutup & bila staff ramai nak naik turun, mula laa congest kat lift. 2x trap is not a good favor la kan. tuh kene lak divert jauh takleh lalu kapet merah tuk VIP, pusing laa seantero jalana yang cik2 polisan tunjuk.

5-parking issue. nak parking kat bawah, ha ko nak bayar RM3 sejam x 10 jam = 30 hengget sehari. takder maknenyer la kan. season parking jgn tanye la. nak masuk waiting list pun tak dapek. rege, dah revise sekarang RM210 without weekend entry. ade parking kat KL Conventional, RM 10 per entry. ha ko nak byr 10 hengget sari parking tak campur lagi kos makan kan.

6-time cuti skolah orang ramai tak ingat dunia kat bawah nuh. nak jalan time lunch pun macam kene selak orang. rimas ya ampun. food court pun penuh, nak makan pun susah. LRT sesak & penuh bau ketiak busuk orang bila time cuti skolah.

7-muak dengan makanan food court sebab ari2 makan benda yang sama. seriously bila aku kuar wiken wif family kan, kalo lalu foodcourt aku rasa nak muntah sebab aku dah sampai tahap muak melampau.

8-banyak sales menyebabkan godaan membeli tinggi. tak terlepas dari menjadi seorang wanita. now i know the difference between season clearance & further markdown. tapi butik2 mampu milik jer la, bukanla butik yang the-judgemental-sales-person-in suit tuh :)-

4 comments:

  1. kesian jugak ramai manusia terperangkap dgn kemewahan dan dunia ciptaan mereka sendiri... kat kubur nanti kot2 kena tanya beg tangan, jam jenama apa pakai kooot huhuhu...

    ReplyDelete
  2. xper, kat kubor lps kapan (pilih arabic cotton la plg mahal - new things i learnt here) pakaikan henbeg or jam yg mahal2 tuh kt luar kaen kapan kan..xdisoal pun at least hadirin still nampak branded..tp ramai yg mentalitinye mcmni..sedih pulak..

    ReplyDelete
  3. ingatkan siapa lah tadi..rupanya ina..hehehe..baru ada blog erkh...selamat berblogging...

    ttakut pula kerja tempat yg tinggi-tinggi..

    ReplyDelete
  4. hahaa, tell me about it!

    semua sya setuju coz sya dah rasai dulu...

    parah kan!

    anyway, all d best :)

    ReplyDelete